kalau kita diberi pilihan adakah kita akan memilih jalan yang terbaik untuk kita? ataupun kita hanya menyerahkannya kepada tangan yang maha kuasa untuk menentukan segalanya? bila soal hati dan perasaan yang menjadi taruhannya. apakah jenis keputusan yang akan kita ambil di akhir jalan nanti? bila perasaan menguasai lebih dari akal sendiri apa yang akan terjadi? jangan sesekali menyalahkan takdir jika jalan hidup kita bukan seperti yang kita inginkan. itu semua sudah tertulis dari awal lagi untuk kita jalani dengan tabah dan cekal. siapa yang tak ingin hidup bahagi, siapa yang tak ingin dicinta, siapa yang tak inginkan kesenangan didunia, dan siapa yang ingin menjalani detik sengsara dalam hidup mereka?? tiada siapa tapi jika itu telah tertulis sebelum lahirnya kita, kita harus hadapinya juga bukan?
tidak semua orang dapat mencapai impian dan harapan mereka. tak semua perkara yang mereka inginkan akan mereka dapat. saya telah memilih jalan ini. jalan yang semua kenangan lama, kasih lama dilupakan dan menunggu kasih yang belum tentu akan menjadi milik saya. biar lah memakan diri dan makan hati saya telah mengambil keputusan ini. yang lama telah menemui penganti dan berusaha untuk hidup bahagia dengan yang baru walau yang lama masih melekat dihati. maafkan aku kerana tak mampu untuk menyanyangi mu seperti dahulu. ada yang masih menunggu tapi hati ini telah tertumpu pada yang satu. namun yang satu itu tak pernah memandang kehadiran diri ini. bagai kan sang anjing yang hanya melihat bayang-bayang dalam air. memandang harapan palsu yang dicipta dengan sendiri nya. kasihannya diri kerana menyiksa perasaan sampai begini. bodohnya diri kerana mengharap sesuatu yang hanya wujud dalam ilusi sendiri. adakah salah langkah ku ini sehingga semua perkara yang berlaku tak mengikut perancangan ku. memang kita merancang tapi tuhan menentukan tapi tentuan tuhan itu tidak selalu seperti yang kita inginkan. biarlah seluruh dunia tahu bahawa hanya kau yang ku tunggu. penantian yang amat menyiksakan namun jika siksaan ini membuat kau tersenyum lebar penuh dengan kebanggaan silakan untuk kau bahagia begitu. aku membenarkan hati aku untuk terus hanyut dalam harapan yang palsu yang aku cipta untuk diriku sendiri dalam setiap mimpiku. aku hilang pendirian diri kerana mu, hilang keyakinan diri untuk menyintai yang lain kerana kamu. aku tetap diri ku ketika aku menyukaimu dan akan sentiasa menjadi diri ku sendiri untuk tatapan kamu. bukan lakonan yang kuberikan pada mu dan bukan permainan perasaan ini untuk kamu. sungguhpun berjuta kali ku ucapkan kepada mu yang aku mencintai kamu namun kau hanya memandang kata-kata itu dengan pandangan bahawa aku hanya bergurau senda dengan mu. hanya aku yang tahu diri ku ini, sekali ku ingin sampi akhirnya akan ku inginkannya sehingga ku menemui alasan yang kukuh untuk ku berhenti menginginkan kamu. adakah ini takdir yang telah ditetapkan untuk aku atau pilihan aku untuk terus begini. jika ini takdirnya, akan ku terima dengan hati yang penuh berat namun ku ikhlaskan. tapi jika ini pilihan ku sendiri tolong la aku tuhan untuk aku meneruskan pilihan ini. pilihan yang belum tentu benar atau pun salah dari mulanya. dan dari mulanya ku tahu bahawa aku tidak patut membenarkan hati dan perasaan ku jatuh ditangan mu yang kau tak pernah sedari. bulan yang semakin kejam setiap saat, detik dan waktu. kejamkah engkau atau bodohkan aku...
No comments:
Post a Comment