every single blade of grass, and every flake of snow- is just a wee bit different.. there's no two alike, you know.. from something small, like grains of sand, to each gigatic star all were made with this in mind: to be just what they there are! how foolish then, to imitate- how useless to pretend!since each of us comes from a mind whose ideas never end. there'll only be just ONE of ME to show what i can do- and you should likewise feel very proud, there's only ONE OF YOU!

Saturday, June 25, 2011

takdir atau pilihan?

kalau kita diberi pilihan adakah kita akan memilih jalan yang terbaik untuk kita? ataupun kita hanya menyerahkannya kepada tangan yang maha kuasa untuk menentukan segalanya? bila soal hati dan perasaan yang menjadi taruhannya. apakah jenis keputusan yang akan kita ambil di akhir jalan nanti? bila perasaan menguasai lebih dari akal sendiri apa yang akan terjadi? jangan sesekali menyalahkan takdir jika jalan hidup kita bukan seperti yang kita inginkan. itu semua sudah tertulis dari awal lagi untuk kita jalani dengan tabah dan cekal. siapa yang tak ingin hidup bahagi, siapa yang tak ingin dicinta, siapa yang tak inginkan kesenangan didunia, dan siapa yang ingin menjalani detik sengsara dalam hidup mereka?? tiada siapa tapi jika itu telah tertulis sebelum lahirnya kita, kita harus hadapinya juga bukan?
tidak semua orang dapat mencapai impian dan harapan mereka. tak semua perkara yang mereka inginkan akan mereka dapat. saya telah memilih jalan ini. jalan yang semua kenangan lama, kasih lama dilupakan dan menunggu kasih yang belum tentu akan menjadi milik saya. biar lah memakan diri dan makan hati saya telah mengambil keputusan ini. yang lama telah menemui penganti dan berusaha untuk hidup bahagia dengan yang baru walau yang lama masih melekat dihati. maafkan aku kerana tak mampu untuk menyanyangi mu seperti dahulu. ada yang masih menunggu tapi hati ini telah tertumpu pada yang satu. namun yang satu itu tak pernah memandang kehadiran diri ini. bagai kan sang anjing yang hanya melihat bayang-bayang dalam air. memandang harapan palsu yang dicipta dengan sendiri nya. kasihannya diri kerana menyiksa perasaan sampai begini. bodohnya diri kerana mengharap sesuatu yang hanya wujud dalam ilusi sendiri. adakah salah langkah ku ini sehingga semua perkara yang berlaku tak mengikut perancangan ku. memang kita merancang tapi tuhan menentukan tapi tentuan tuhan itu tidak selalu seperti yang kita inginkan. biarlah seluruh dunia tahu bahawa hanya kau yang ku tunggu. penantian yang amat menyiksakan namun jika siksaan ini membuat kau tersenyum lebar penuh dengan kebanggaan silakan untuk kau bahagia begitu. aku membenarkan hati aku untuk terus hanyut dalam harapan yang palsu yang aku cipta untuk diriku sendiri dalam setiap mimpiku. aku hilang pendirian diri kerana mu, hilang keyakinan diri untuk menyintai yang lain kerana kamu. aku tetap diri ku ketika aku menyukaimu dan akan sentiasa menjadi diri ku sendiri untuk tatapan kamu. bukan lakonan yang kuberikan pada mu dan bukan permainan perasaan ini untuk kamu. sungguhpun berjuta kali ku ucapkan kepada mu yang aku mencintai kamu namun kau hanya memandang kata-kata itu dengan pandangan bahawa aku hanya bergurau senda dengan mu. hanya aku yang tahu diri ku ini, sekali ku ingin sampi akhirnya akan ku inginkannya sehingga ku menemui alasan yang kukuh untuk ku berhenti menginginkan kamu. adakah ini takdir yang telah ditetapkan untuk aku atau pilihan aku untuk terus begini. jika ini takdirnya, akan ku terima dengan hati yang penuh berat namun ku ikhlaskan. tapi jika ini pilihan ku sendiri tolong la aku tuhan untuk aku meneruskan pilihan ini. pilihan yang belum tentu benar atau pun salah dari mulanya. dan dari mulanya ku tahu bahawa aku tidak patut membenarkan hati dan perasaan ku jatuh ditangan mu yang kau tak pernah sedari. bulan yang semakin kejam setiap saat, detik dan waktu. kejamkah engkau atau bodohkan aku...

Wednesday, June 22, 2011

nothing better than you.

assalamualaikum.
hidup ini memang penuh dengan dugaan and sentiasa penuh dengan cabaran. Kerana bulan hidup ini cerah and gelap juga pada masa yang sama. bulan tak tahu ke yang dia banyak memberi harapan kepada ramai manusia. ya allah.. hari ini saya rasa sangat lemah and seperti tak ada semangat untuk berbuat apa2. merindui sesuatu yang semakin hilang di pandangan and kehilangan seseorang yang terbaik didepan mata namun saya tepis untuk perkara yang lain. aku terasa sangat bodoh dan loser kerana kehilangan sesuatu yang indah untuk perkara yang memang akan buat aku sakit hati and menyalahkan diri sendiri. kenapa itu? ada apa pada itu? mengapa tak ingin lepaskan itu? semua ni bermain dalam kepala aku dari mula2nya berlaku perkara ini namun masih tak dapat jawapannya. orang kata love is blind, actually love is not blind. its our self that make it blind. love is everywhere and we deserve to be love. i'm not blind but my heart are too stupid to let it go..
kalau cinta itu membahagiakan kenapa ada yang menderita kerana cinta. kadang2 saya rasa macam tak adil bagi mereka yang berhak untuk bahagia tapi tak dapat merasa kebahagiaan itu. pada saya hidup didunia ini hanya sekali dan cinta sejati hanya akan datang sekali. betul kah cinta sejati itu? wujudkah cinta sejati itu? orang yang bunuh diri, terjun bagunan demi cinta itu adakah cinta sejati? semuanya bohong. cinta sejati hanya ada dalam diri kita sendiri bila kita tahu untuk menghargai setiap orang yang menyayangi kita and kita ikhlas unuk mencintai mereka. bukan untuk lelaki/perempuan saja tapi untuk keluarga, kawan dan tuhan pun akan terlahirnya cinta sejati...
kenapa tiba2 soal cinta ini? emm.. biar saya ceritakan semuanya dari mula. blog ini atas nama dia yang saya sayang. ye, bulan. tapi bulan ini hanya nama panggilan dia dari saya yang dia tahu ke tak pun saya tak tahu lah. bermula dari pandangan hormat jatuh ke pandangan sayang. sayang bukan kerana paras rupa atau yang lain nya tapi jatuh ke sayang atas sifat tanggungjawab yang dimiliki. kematangan yang membimbing dirinya. kebaikan yang membuat saya lembut hati. kelembutan yang mampu membuat saya mendiamkan diri. kata2 yang menyejukkan telinga ini mendengar. layanan yang menghangatkan diri. senyuman dan gelak tawa yang melucukan. pandangan yang mampu meluluhkan hati memandang. sentuhan yang buat senyuman di bibir ini tak lekang. bagi saya semua itu lah dia,dia yang saya sayang. hanya ada satu dia dalam dunia ini and tak de yang boleh mengantikan dia. korang rase bahgia mendengar semua ini? bahagia itu hanya saya yang merasatapi dia tak pun. saya hanya bertepuk sebelah tangan tapi apa yang saya katakan diatas tadi masih dapat saya rasakan sehingga sekarang. ingin berhenti mencintai and menyayangi tapi hati ini tak ingin berbuat begitu. percaya atau pun tak sehingga kini dia ada didepan mata saya and sayang saya masih sama untuk dia sehingga saya menolak seseorang yang sangat baik bagi saya tapi hati saya tak dapat menerima yang lain selain bulan saya. orang melihat saya seperti biasa, perempuan yang bahagia sentiasa dengan senyuman and riang tawa namun dalam hati hanya tuhan yang tahu. berlagak biasa, tersenyum lebar, berlagak semuanya okay and im fine adalah sangat susah dan tak de siapa yang tahu.. orang kata saya bodoh kerana mengejar suatu yang tak akan jadi milik saya, ye saya tahu and tak perlu lah cakap pada saya. saya tahu dia tak pernah melihat kewujudan saya and menerima saya. saya pasrah, memang saya mengalah. mengalah bukan sebab dah tak nak tapi mengalah untuk mengejarnya lagi. biar lah allah yang tentukan and takdir yang menjodohkan. kalau bukan saya sekali pun saya doakan kebahagiaan dia.
jauh dalam sudut hati saya masih sayang kan dia. hati saya masih luruh melihat dia, degupan ini masih laju memandang wajahnya, senyuman ini masih tak lekang mendengar suara and jenaka nya, pandangan nya masih seperti pertama kali saya melihat dia, perasaan hormat ini masih tak hilang terhadapnya and sayang ini sentiasa ada untuk dia. bila rindu datang bertandang akan saya pejam mata and dia akan bersama dengan saya. saya tak perlukan gambar dia kerana wajah nya telah berada dalam hati. biarlah saya ini hanya banyangan bagi nya tapi bagi saya dia adalah jelmaan yang sempurna and terindah yang pernah saya sayangi. hidup dalam bayangan sendiri dan harapan sendiri adalah sakit and sangat bodoh tapi ianya sangat indah untuk dirasai.
untuk sebab ini lah terciptanya blog ini atas namanya. bila saya rindu saya akan memandang ke atas and dia akan sentiasa disisi saya sepanjang malam. saya tak akan pernah merasa sunyi pada waktu malam kerana adanya dia and saya rasa macam dia disebelah memandang saya, menemani saya tidur.. perasaan yang sangat hangat and selamat... tapi bila saya bangun dari tidur kenyataannya dia tak pernah berada disisi saya menemani saya...
mungkin ini adalah balasan tuhan terhadap saya atas kesalahan saya yang dulu and saya memang layak untuk mendapat balasan seperti ini. ya allah, jika ini balasan atas segalanya dulu aku terima and lepas ini saya tak nakal lagi and tolong lah berikan dia pada saya. saya sangat sayang pada dia. nothing better than him...

Sunday, June 19, 2011







saya tahu memang mustahil tapi baca saja and jangan komen apa2.
ini adalah lelaki idaman saya :) secomel and seputih BULAN yang saya SAYANG!
ok fine, shut up and ok bye!

sihat & sakit

for past three days before my moon is so beautiful :)
saya macam semakin sayang kat bulan sebab dia semakin cantik dan sihat selalu. tapi kebelakangan ini bulan saya sakit. harap2 bulan sepat sembuh and cantik kembali.
fuuhh.. susah jugak jadi manusia ni sebenar nya. pergi mall and ternampak mak cik ni marah and complain macam nak gile.. dengar pasal salah bagi barang je kot.. saya tengok salesman tu macam kesian je kene marah tak pasal2. haha. jahat pulak gelakkan salesman tu :P
tu la kita, salah sikit da marah, silap sikit nak complain. haiihh. ermm.. aikk! saya ni bercerita macam ni macam la saya ni bukan kaki complain and naik angin? hehehe.. wajar la kita nak complain and naik angin but tengok keadaan, situasi n tempat la.. kita sebagai pengguna memang ada hak pengguna tapi tak payah la nak over sangat kan. hahaha. cite pasal over ni, ada orang yang saya kenal ni tak payah nak over sangat la dengan apa yang dia ada. apa yag dia ada? nak tahu? haa.. tau la berduit and berupa (ada rupa,hehe) tapi tak payah nak tunjuk and bagitau semua orang lah yang awak tu 'cukup sempurna'. tapi 'sempurna' ke perangai nye? ha itu yang pelik tu. haha. err -..- apa yang saya merepek ni? hahahha...
owhh.. sejak menjak duduk luar ni, saya bergiat and aktif kembali untuk keluar setiap hari and setiap malam pulak. rase da macam burung hantu. hehehe.. untuk seminggu ni saja saya da keluar tak henti-henti :) and saya beli rantai n subang baru :)
owhh.. tadi sebut pasal burung hantu ni teringat lagu bruno mars, talking to the moon :) yes, one of my favorite song. pandai teka! owhh.. am i an owl.. who sit alone talking to the moon. ye jugak, saya suke bercakap dengan bulan. kawan2 saya macam pelik dengan saya and cakap saya ni menakutkan -..- hehehe.. saya normal and waras lagi untuk pengetahuan anda cuma da jadi macam habit bercakap dengan bulan. rasa macam dapat luahkan semua perasaan yang bercampur baur and rasa macam bulan tu pendengar yang setia (memang la bulan tu nak menjawab balik kan) tak kira la saya kemana and dimana saya mesti akan bercakap dengan bulan walaupun sekejap. kadang2 tu bila berjalan seorang pun tak takut sebab ada bulan and saya macam akan bercakap dengan bulan tu sepanjang saya berjalan. scary ekk dengar? don't worry la, like i said before saya ni normal, cume ntah la. dengan tengok bulan malam2 saya da boleh senyum lebar sampai esok. memang pelik and sometime saya pun rasa pelik jugak. biar la, janji saya bahagia :)

Thursday, June 9, 2011

oh!bulan

mengapa bulan? sebab saya sangat sukakan bulan :) kita pun tahu bulan adalah ciptaan yg maha agung yang paling terindah bagi saya and saya rasa macam sempurna je bila bulan ada di atas langgit menemani semua hamba2-NYA. tanpa bulan tiada cahaya, tanpa bulan suram la suasana, tnap bulan tidak lengkap la keindaahan dunia and bagi saya tanpa bulan macam tak sempurna hidup saya. orang akan tertnya2 kenpa saya macam taksub sgt dgn bulan. bukan taksub cuma menyayangi dan mencitai bulan ciptaan tuhan lebih dari apa yang korang rasa. istimewanya bulan kepada saya? semestinya bulan istimewa di hati semua manusia dan setiap manusia mempunyai bulan tersendiri yang menemani and menerangi hidup kita. blog ini bukan luahan kosong semata2 tapi luahan kata dan persaan bahagia hidup di bumi ciptaan tuhan ini and mensyukuri apa yang telah saya miliki. berkongi segala rasa yang saya rasa dan suka gembira saya bersama semua. kerana setiap kebahagiaan yang kita kongsi bersama sedikit sebanyak mampu memberi senyuman yang kecil and turut merasai perasan bahagia. allah menyanyangi hambanya yang sentiasa berkongsi segala perasaan dengan saudara-saudaranya.
saya rasa macam bertuah sangat kerana di dunia ini saya mempunyai ibu bapa yang sgt menyanyangi saya dan adik-beradik saya yang selalu menceriakan suasana walaupun ada ketika mereka menyalktkan hati namun saya sentiasa sayang mereka sangat. biarpun kami bukan dari darah yang sama tapi kami tidak pernah memandang jenis darah atau pun warna kulit kami. walau saya bukan dai keluarga yang kaya tapi bagi saya keluarga saya dah cukup kaya dengan kasih sayang yang sukar untuk saya gambarkan. mak ayah adik2 kakak sayang kamu semua sedalam2nya.
saya hidup dalam dunia yg sosial namun saya masih mampu untuk membezakan baik buruk jahat dan baik. jangan risau dan takut saya masih mampu untuk menjaga diri saya sendiri dan saya tak selemah yang kalian fikirkan. bukan ingin membangga diri atau berlagak namun bagi saya kita hidup di dunia ini jangan terlampau mengharap kan orang lain dan kene pandai jaga diri sendiri sebab kalau bukan kita yang menjaga diri sendiri siapa lagi akan menjaga kita nanti? tak selamanya kita akan hidup di bawah penjagaan ibubapa kita. sampai masa kita kene pilih jalan kita sendiri dan akan mempunyai kehidupan sendiri. pada pandangan saya biar saya menghadapi semua itu sekarang ini dan mengenal erti susah supaya bila saya senang saya ingin menghargai rasa senang itu dan kalau boleh macam nak berkongsi dengan semua orang. doakan kejayaan saya dan nanti bila saya dah senang nanti saya akan melakukan sesuatu yang akan membanggakan semua orang yang saya kenal. insyaallah... ermm. saya nak pergi dulu. nanti akan saya update lagi. ohbulan :)